Monday, December 29, 2008

Formula Solat Sempurna


Tajuk :
Formula Solat Sempurna

Penulis :
Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Penerbit :
Telaga Biru

Harga :
RM 25.90

Pada pendapat saya, buku ini merupakan sebuah buku yang wajib dimiliki oleh setiap keluarga. Setakat ini, saya mendapati buku ini merupakan buku yang paling lengkap di dalam bahasa melayu dilengkapi dengan gambar-gambar

Bermula dengan teori asas solat (asas wudhu', niat, rukun dalam solat) sehingga kepada pergerakan dimulai dengan takbir sehingga salam. Menariknya di dalam buku ini, penulis membandingkan pendapat empat mazhab (dilengkapi dengan gambar), maka pembaca bolehlah memastikan apakah solat yang dilakukan selama ini menepati

1. Mazhab Syafie
2. Mazhab Maliki
3. Mazhab Hambali
4. Mazhab Hanafi
5. Mazhab Sendiri ( buat cara sendiri :P)


Wallahualam

Wednesday, November 26, 2008

Salam Perkenalan

Pengenalan

Blog Khazanah Buku ialah salah satu daripada kumpulan Blog - Berjalan & Melihat.
Blog ini ialah blog peribadi, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.Penulisan di dalam blog ini bertujuan untuk merekodkan koleksi buku dan komen penulis terhadap buku tersebut.Segala tulisan ialah pendapat peribadi sepenuhnya, tidak ada kaitan dengan mana-mana persatuan, pertubuhan atau organisasi.


Penulis Sedang Mengulangkaji Pelajaran Di Dalam Pusat Sumber Maklumat UTP


Gambar Latar Belakang Blog

Gambar Latar Belakang Blog ialah gambar Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi PETRONAS. Untuk pengetahuan pembaca budiman, Kompleks Akademik UTP yang baru ialah hasil rekaan Lord Norman Foster, iaitu arkitek British yang mereka bentuk Jambatan Tergantung Perancis. Penulis memilih gambar tersebut kerana

1- Tanda sayang dan bangga terhadap Pusat Sumber Maklumat
2- Hanya ada satu dan tiada yang kedua di Malaysia
3- Rekaan arkitek yang mengkagumkan
4- Memiliki rujukan akademik hampir terbesar di Malaysia
5. Mempunyai rangkaian kerjasama dengan perpustakaan lain seperti di Akademik Laut Malaysia (ALAM) dan lain-lain

Harus diingatkan, walaupun penulis memilih gambar tersebut tetapi blog ini tidak ada kaitan dengan Pusat Sumber Maklumat, UTP