Wednesday, November 26, 2008

Salam Perkenalan

Pengenalan

Blog Khazanah Buku ialah salah satu daripada kumpulan Blog - Berjalan & Melihat.
Blog ini ialah blog peribadi, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.Penulisan di dalam blog ini bertujuan untuk merekodkan koleksi buku dan komen penulis terhadap buku tersebut.Segala tulisan ialah pendapat peribadi sepenuhnya, tidak ada kaitan dengan mana-mana persatuan, pertubuhan atau organisasi.


Penulis Sedang Mengulangkaji Pelajaran Di Dalam Pusat Sumber Maklumat UTP


Gambar Latar Belakang Blog

Gambar Latar Belakang Blog ialah gambar Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi PETRONAS. Untuk pengetahuan pembaca budiman, Kompleks Akademik UTP yang baru ialah hasil rekaan Lord Norman Foster, iaitu arkitek British yang mereka bentuk Jambatan Tergantung Perancis. Penulis memilih gambar tersebut kerana

1- Tanda sayang dan bangga terhadap Pusat Sumber Maklumat
2- Hanya ada satu dan tiada yang kedua di Malaysia
3- Rekaan arkitek yang mengkagumkan
4- Memiliki rujukan akademik hampir terbesar di Malaysia
5. Mempunyai rangkaian kerjasama dengan perpustakaan lain seperti di Akademik Laut Malaysia (ALAM) dan lain-lain

Harus diingatkan, walaupun penulis memilih gambar tersebut tetapi blog ini tidak ada kaitan dengan Pusat Sumber Maklumat, UTP