Wednesday, June 24, 2009

Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang)

Buku Bidadari Dari Timur : Memoir Isteri Seorang Pejuang lebih tepat digambarkan sebagaimana tertera dimuka depannya sebagai

Epilog bahagia seorang isteri kepada ulama serta pemimpin berjuwa besar yang menyentuh nurani
Buku ini, sesungguhnya pada pendapat saya, mempunyai pelbagai mutiara berharga, sangat-sangat menyentuh jiwa. Siapakah yang lebih layak untuk menceritakan keperibadian sesuatu tokoh itu, melainkan isterinya sendiri sebagaimana Saidatina Aishah menceritakan keperibadian Rasululllah s.a.w. didalam hal rumahtangga.

Begitu jugalah kepada tokoh ini, Dato Nik Aziz Nik Mat, yang mendirikan rumahtangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Isha', dimana ketika itu Dato' Nik Aziz berusia 31 tahun manakala isterinya berusia 14 tahun: bererti hampir 47 tahun mereka bersama. Dikurniakan 10 orang zuriat cahaya mata, 5 putera & 5 puteri, buku ini menceritakan pahit-maung, suka duka, petua2 kehidupan.

Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan rumahtangga, dan petua mengekalkan rumah tangga yang sedia ada. Sangat-sangat berbaloi dan value for money :D

Wallahualam



Tajuk Buku : Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang)
Penerbit : Anbakri Publika (www.anbakri.com)
Penulis : Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Anual Bakri
Harga : RM 12.90

Kata-kata Dato' Nik Aziz kepada isterinya

Sesungguhnya seorang wanita pondok yang beribadah,
solat lima waktu dan bermunajat di malam harinya
lebih bahagia daripada wanita di istana dengan dayan-dayang yang taat,
dalam pesta dan hidangan nafsu


Doa Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Rahmanm Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahanMu
Itulah yang memberhentikan aku dipintuMU


Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku

Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaranku

Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku dalam lemah dan hina?


Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan


Hidupkan lah hati-hati ini dengan makrifatMu
Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMu


Puaskanlah keluargaku dengan aturanMu
berbanding aturan kami sendiri


Bantulah aku dalam nenunaikan tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku bahawa aku hanya seorang hamba

supaya tidak lupa


Ya Allah... Perkenanankan permintaan ini


Tuesday, June 23, 2009

Amalan Harian Dato' Hj Fadhil Noor

Sudah sekian lama blog ini telah terabai. Bukan kerana tidak membaca buku, tapi wallahualam, masa sungguh mencemburui kita.

Semasa seminar perubatan Islam IQ Insan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ni, saya telah berjaya mendapatkan naskah ini setelah 'memburu'nya selama beberapa bulan. Alhamdulillah, rupa-rupanya cetakan terbaru, tahun 2009 telah pun diterbitkan. Saya pun dengan cepatnya, menyapu senaskah buku ini daripada penyusunnya sendiri, Ust Hanif Ghazali, mudir madrasah zubaidiyah,Merbok, Kedah


Allayarham Al-Fadhil Dato' Fadhil Noor bukanlah nama asing di negara kita. Penglibatan beliau didalam dakwah bermula daripada menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , hinggalah kepada Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan ketua pembangkang amatlah terserlah. Kebolehan beliau berpidato dan berdakwah menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk mendengar pidato beliau.

Disebalik kekuatan & kehebatan beliau berpidato, tersimpan rahsia kekuatan dalaman beliau bagi meneruskan kesinambungan tugas yang diwarisi daripada para Rasul. Di dalam buku ini, tersisip beberapa amalan rutin harian beliau, mudah-mudahan membawa manfaat kepada sesiapa yang membacanya



Harga : RM 5.00
Muka Surat : 60
Terbitan : Madrasah Zubaidiah Merbok Kedah