Thursday, December 10, 2009

Untukmu Wanita - Ust Zaharudin Abd Rahman



UNTUKMU WANITA -
Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.

Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.



"Wanita, dirimu begitu berharga.
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita Soleha.
Peribadinya terjaga dan terpelihara.

Duhai wanita, dalam kelembutanmu,
suburkan ketegasan, berlandaskan
ilmu keredhaan Tuhan."

- Penerbit

Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

- Penulis

KANDUNGAN

Bahagian Satu: WANITA, Aurat Dan Maruah
Bab 1: Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?
Bab 2: Aurat Wanita Lebih Sukar, Adilkah?
Bab 3: Bolehkkah Wanita Bekerja?
Bab 4: Benarkah Berpakaian Hak Peribadi?
Bab 5: Wanita Tidak Perlu Bertudung: Bidasan Saya
Bab 6: Bertudung Sambil Menghina Hukum
Bab 7: Tiada Dakwah Wanita Melalui Nasyid
Bab 8: Boleh Percayakah Taubat Wanita Ini?
Bab 9: Wanita Naik Nafsu Akibat Dirogol
Bab 10: Nasihat Buat Gadis Hampir Terlanjur
Bab 11: Jagalah Maruah Dan Doa Elak Rogol

Bahagian Dua: WANITA Dan Munakahat
Bab 12: Perigi Cari Timba Dan Disiplin Dalam Bertunang
Bab 13: Apabila Tunang Ambil Kesempatan, Apa Tandanya?
Bab 14: Bolehkan Berkahwin Dengan Tunang Yang Pernah Berzina?
Bab 15: Mestikah Jodohnya Penzina Juga?
Bab 16: Ingin Calon Isteri Yang Bekerja Sahaja
Bab 17: Mestikah Turuti Tanda Istikharah?
Bab 18: Apabila Lelaki Guna Alasan Istikharah Untuk Paksa Kahwin
Bab 19: Fakta Penting Mengenai Penceraian
Bab 20: Kekeliruan Dalam Bab Rujuk
Bab 21: Adakah Jatuh Cerai Zihar Jika Suami Berkata ...
Bab 22: Bolehkah Lafaz Takliq Ditarik Semula?

Bahagian Tiga: WANITA Dan Rumah Tangga
Bab 23: Poligami Rahsia Demi Kebahagiaan Isteri Pertama?
Bab 24: Menonton Filem Lucah
Bab 25: Suami Membayangi Wanita Lain
Bab 26: Fahami Hukum Seks Oral
Bab 27: Hukum Onani (Masturbasi)
Bab 28: Seks Pada Bulan Ramadan
Bab 29: Zina Pada Siang Ramadan
Bab 30: Status Darah Sebelum Bersalin
Bab 31: Gugurkan Anak Berumur Tujuh Minggu Kerana Demam
Bab 32: Anak Perlukan Cara Baru
Bab 33: 'Ringan-Ringan' Dan Jagalah Zuriatmu!
Bab 34: Jangan Dayus Wahai Lelaki!

Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 214
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Sakit Pinggang Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat




Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat fardu lima kali sehari. Gerakan solat harian itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan.

Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi.

Buku ini adalah rentetan daripada buku 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'. Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajiban yang perlu dillaksanakan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai altenatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malah, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam dalam rawatan sakit pinggang.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Mengenali Tulang Belakang Anda
- Pengenalan
- Komponen Struktur Tulang Belakang
- Cakera Tulang Belakang
- Sendi Tulang Belakang
- Otot Tulang Belakang Dan Urat Ligamen
- Urat Saraf

BAB 2: Sakit Pinggang: Pengenalan
- Pengenalan
- Terma Sakit Pinggang
- Jenis-Jenis Sakit Pinggang
- Punca-Punca Sakit Pinggang
- - Sakit Disebabkan Akktiviti Harian
- - Sakit Pinggang Dan Kaitannya Dengan Keadaan Tidak Aktif
- - Sakit Pinggang Dan Postur Badan
- Sakit Pinggang Tidak Spesifik

BAB 3: Gejala-Gejala Dan Diagnosa Sakit Pinggang
- Pengenalan
- Gejala-Gejala Sakit Pinggang
- Gejala Sakit Belakang Tidak Spesifik Atau Sakit Pinggang Biasa
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Urat Saraf Terhimpit
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Atritis Spina
- Gejala Sakit Pinggang Akibat Penyakit
- Diagnosa Sakit Pinggang

BAB 4: Prinsip Dan Kaedah Rawatan Sakit Pinggang
- Pengenalan
- Konsep Rawatan Pemulihan Bagi Sakit Pinggang Tidak Spesifik
- Senaman Fizikal
- - Senaman Regangan
- - Senaman Aerobik Impak Rendah
- - Senaman Untuk Menguatkan Otot Belakang

BAB 5: Sakit Pinggang: Teknik Pemulihan Melalui Terapi Postur Dan Pergerakan Solat
- Pengenalan
- Kelebihan Solat
- Elemen-Elemen Penting Di Dalam Solat
- - Postur Dan Pergerakan Solat
- - Qiyam (Berdiri Tegak)
- - Rukuk
- - Sujud
- - Duduk Antara Dua Sujud
- - Tahiyat Awal
- - Tahiyat Akhir
- - Niat Atau Aktiviti Minda/Hati
- Persamaan Postur Dan Pergerakan Solat Dengan Terapi Senaman Sakit Pinggang
- - Postur Dan Pergerakan Rukuk Dan Senaman 'Selamat Pagi'
- - Persamaan Postur Dan Pergerakan Sujud Dengan Gabungan Senaman 3 Dalam 1
- Kajian Postur Dan Pergerakan Solat Sebagai Terapi Sakit Pinggang
- Intervensi Peserta Sakit Pinggang
- Keputusan Kajian Postur Dan Pergerakan Solat Sebagai Terapi Sakit Pinggang

Harga = RM18.90 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 63 (Berwarna Penuh)
Penulis = Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysi