Thursday, December 10, 2009

Untukmu Wanita - Ust Zaharudin Abd Rahman



UNTUKMU WANITA -
Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.

Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.



"Wanita, dirimu begitu berharga.
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita Soleha.
Peribadinya terjaga dan terpelihara.

Duhai wanita, dalam kelembutanmu,
suburkan ketegasan, berlandaskan
ilmu keredhaan Tuhan."

- Penerbit

Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

- Penulis

KANDUNGAN

Bahagian Satu: WANITA, Aurat Dan Maruah
Bab 1: Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?
Bab 2: Aurat Wanita Lebih Sukar, Adilkah?
Bab 3: Bolehkkah Wanita Bekerja?
Bab 4: Benarkah Berpakaian Hak Peribadi?
Bab 5: Wanita Tidak Perlu Bertudung: Bidasan Saya
Bab 6: Bertudung Sambil Menghina Hukum
Bab 7: Tiada Dakwah Wanita Melalui Nasyid
Bab 8: Boleh Percayakah Taubat Wanita Ini?
Bab 9: Wanita Naik Nafsu Akibat Dirogol
Bab 10: Nasihat Buat Gadis Hampir Terlanjur
Bab 11: Jagalah Maruah Dan Doa Elak Rogol

Bahagian Dua: WANITA Dan Munakahat
Bab 12: Perigi Cari Timba Dan Disiplin Dalam Bertunang
Bab 13: Apabila Tunang Ambil Kesempatan, Apa Tandanya?
Bab 14: Bolehkan Berkahwin Dengan Tunang Yang Pernah Berzina?
Bab 15: Mestikah Jodohnya Penzina Juga?
Bab 16: Ingin Calon Isteri Yang Bekerja Sahaja
Bab 17: Mestikah Turuti Tanda Istikharah?
Bab 18: Apabila Lelaki Guna Alasan Istikharah Untuk Paksa Kahwin
Bab 19: Fakta Penting Mengenai Penceraian
Bab 20: Kekeliruan Dalam Bab Rujuk
Bab 21: Adakah Jatuh Cerai Zihar Jika Suami Berkata ...
Bab 22: Bolehkah Lafaz Takliq Ditarik Semula?

Bahagian Tiga: WANITA Dan Rumah Tangga
Bab 23: Poligami Rahsia Demi Kebahagiaan Isteri Pertama?
Bab 24: Menonton Filem Lucah
Bab 25: Suami Membayangi Wanita Lain
Bab 26: Fahami Hukum Seks Oral
Bab 27: Hukum Onani (Masturbasi)
Bab 28: Seks Pada Bulan Ramadan
Bab 29: Zina Pada Siang Ramadan
Bab 30: Status Darah Sebelum Bersalin
Bab 31: Gugurkan Anak Berumur Tujuh Minggu Kerana Demam
Bab 32: Anak Perlukan Cara Baru
Bab 33: 'Ringan-Ringan' Dan Jagalah Zuriatmu!
Bab 34: Jangan Dayus Wahai Lelaki!

Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 214
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

2 comments:

lia said...

Baru ajer beli buku ni tapi lum baca.. thanks haa sebab perkenalkan buku ni... :)

Nur said...

uiks? penerbit bukan telaga biru? tak penah nampak pun buku nih